Sistem peredaran darah dalam badan

Sistem peredaran darah terdiri daripada jantung, arteri, vena dan kapilari. 
Jantung berfungsi seperti enjin bagi peredaran darah dalam badan. 
1.Jantung berdenyut berterusan untuk mengepam darah masuk dan keluar  
   untuk di edarkan ke seluruh bahagian badan. 
2.Arteri ialah salur darah utama keluar dari jantung ke seluruh bahagian tubuh. 
3.Vena ialah salur darah utama dari seluruh bahagian tubuh ke jantung.
4.Kapilari ialah salur darah halus atau pun di sebut sebagai saraf yang ada pada
  setiap organ badan

Sistem peredaran darah merupakan satu sistem yang penting dalam badan
manusia. Fungsinya ialah untuk membawa oksigen dan bahan nutrien ke seluruh bahagian badan untuk pertumbuhan badan dan memberi tenaga.

GANGGUAN SISTEM PEREDARAN DARAH DALAM BADAN
Darah manusia boleh menjadi kotor di sebabkan mengandungi banyak kolesterol, gula, garam, asid.Apabila darah anda kotor, ia akan menjadi pekat,kental atau beku.Apabila darah anda pekat,kental atau beku menyebabkan aliran darah keseluruh badan akan terganggu dan menyebabkan saluran darah,urat dan saraf boleh mengecut,mengembang atau pecah.


sebagai contoh
Darah pekat-darah tinggi,lemah jantung,berdengkur kuat,sesak nafas
Darah kental-mati sebelah,sakit hati,sakit jantung tersumbat
Darah beku dan salur darah pecah-serangan jantung,serangan stroke,angin ahmar

Seseorang mungkin tidak menyedari yg dia mempunyai masalah pada sistem peredaran darah dalam badannya sehingga sesuatu kejadian dramatik berlaku .... seperti serangan jantung,sesak nafas secara tiba-tiba,stroke. 
Ia berlaku dalam senyap-senyap,  sekelip mata sehingga menyebabkan maut.  


MENGESAN GANGGUAN SISTEM PEREDARAN DARAH DALAM BADAN

Apabila darah anda kotor maka secara automatik menyebabkan tekanan darah anda menjadi tinggi. Tekanan darah anda tinggi di sebabkan oleh jantung anda bekerja keras untuk mengepam darah yang pekat,kental atau beku.

Tekanan darah akan naik dan turun mengikut denyutan jantung kita.
Apabila jantung mengepam darah keluar dari jantung,tekanan darah akan naik
Apabila jantung mengepam masuk darah dari badan,tekanan darah akan turun

Tekanan darah akan berubah dari semasa ke semasa sepanjang hari bergantung kepada kandungan kolesterol,garam,gula,asid dalam darah dan tekanan emosi.


Sebagai contoh :
Tekanan darah akan tinggi apabila kita bersukan,banyak makan makanan bergoreng, bertumis, rasa masin, rasa manis, kurang tidur,stress dan sebagainya.

Tekanan darah akan rendah apabila kita tidur pada waktu malam,makan kurang mengandungi garam,kurang minyak sayuran,makan sayuran dan buah,cukup tidur.



Apa alat yang di gunakan untuk memeriksa tekanan darah anda


Kesimpulannya
Cara mudah untuk mengetahui darah anda pekat,kental atau beku adalah dengan membuat pemeriksaan bacaan tekanan darah anda
Cara yang mudah untuk mengetahui badan anda berlebihan kolesterol adalah dengan membuat pemeriksaan bacaan tekanan jantung antara 70 keatas.




PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI TEKANAN DARAH TINGGI

Adakah anda mengalami masaalah seperti berikut,tetapi doktor yang merawat anda tidak mengetahui punca penyakit anda

Bila tekanan darah anda tinggi,bermakna darah anda pekat atau kental. Jadi pengaliran darah melalui urat dan saraf menjadi tidak lancar menyebabkan orang akan rasa

Apabila berlaku pada urat atau saraf di jantung menyebabkan serangan ringan seperti 
1. Lepas makan hendak tidur,badan sentiasa letih tak bermaya,malas bergerak  
2. Sesak nafas, rasa susah bernafas pada malam hari
3. Rasa menekan-nekan pada jantung.
  
Jika berlaku pada urat atau saraf di otak, anda akan menyebabkan serangan ringan seperti 
1. Hendak tidur sahaja waktu siang walaupun dah tidur 8 jam di malam hari
2. Susah bangun pagi,susah tidur malam,sakit bahagian leher dan tengkok,
3. Pening kepala,migrain
4. Gangguan neurotransmitter seperti masaalah lemah daya fikiran selalu lupa, 
   lemah iq,lemah dalam pembelajaran atau pekerjaan yang menggunakan otak
  yang banyak,kurang fokus,kecelaruan fikiran,darah gemuruh,tangan atau kaki sejuk
5. Bagi kanak-kanak-tidak pandai bercakap,cakap yang ringkas sahaja,pendiam.

Jika berlaku pada urat atau saraf di bahagian peranakan wanita- haid tidak teratur, darah haid keluar berketul-ketul,telor tidak keluar langsung,telor keluar tapi tak matang

Bila darah anda beku menyebabkan tekanan darah anda terlampau tinggi, saluran urat dan saraf boleh menjadi pecah, tersumbat atau mengecut, menyebabkan ada orang dengan sekelip mata mendapat serangan jantung.serangan stroke,mati sebelah,tidak boleh bercakap, masaalah dalam percakapan dan sebagainya.

Bila jumpa dengan doktor,doktor mengatakan tekanan darah normal.Doktor selalunya tidak memberi apa-apa ubat.Tetapi anda mengalami masaalah seperti diatas.Apakah ini bukan penyakit?

Melalui pengalaman saya ke klinik/hospital jika anda mengalami masaalah begini memang tiada ubat di beri.

Masaalah ini sebenarnya berpunca dari kolesterol tinggi. Sebenarnya darah anda dalam keadaan pekat atau kental. Apa buktinya ?
Bacaan atas tekanan darah antara 130-150
Bacaan bawah tekanan darah antara 70-100
Bacaan denyutan jantung antara 80-100

Doktor hanya kategorikan sebagai pengidap pra darah tinggi kadang kala rendah,kadang kala tinggi.Jadi tiada ubat darah tinggi yang di beri.


Pada sesetengah orang yang mengalami bacaan seperti diatas akan mula mengalami masaalah seperti diatas pada organ tubuh yang bersuhu sejuk.Tetapi pada pendapat doktor ini bukan masaalahnya.

Kolesterol akan mula mengganggu peredaran darah anda sekiranya suhu organ tertentu pada badan anda sejuk.Apabila suhu sejuk kolesterol akan membeku.

Ada orang sambil makan minum air sejuk/ais.Ini menyumbang kepada suhu sejuk dalam badan.

Suhu badan yang sejuk juga bermaksud keadaan seperti kita sedang bersukan. Memang suhu di luar kulit kita panas, tetapi hakikatnya suhu dalam badan anda sejuk. Sebab itu ada orang yang banyak kolesterol apabila bersukan,main bola dan sebagainya boleh meninggal dengan serta merta.

Bagaimana untuk meningkatkan suhu dalam organ badan supaya tidak sejuk dan kolesterol tidak membeku ?
1. minum air suam
2. makan makanan yang bersifat panas seperti halia dan lain-lain
3. makan makanan yang mengandungi banyak vitamin A,B,C,D,E seperti 
   lobak merah,tomato,betik





MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI

 Cuba anda fikir sejenak........di kalangan rakan-rakan, saudara mara anda yang berumur 35 ke atas, hanya berapa orang yang bebas dari penyakit.Apakah 5-10 tahun akan datang anda pasti, anda tidak kena penyakit darah tinggi atau jantung atau kencing manis atau stroke dan lain-lain lagi???? 

"Hampir separuh daripada semua kematian akibat serangan jantung berlaku semasa serangan yang pertama dan sebelum rawatan dapat dimulakan 
(Tak pernah membuat pemeriksaan kesihatan kerana menganggap diri sihat). 

Untuk mencegah penyakit anda hanya perlu makan 1 biji kapsul Tocovid sehari tetapi jika untuk mengubati penyakit serangan stroke,serangan jantung anda perlu makan 4 biji sehari.

Jadi fikir-fikirkanlah dahulu sebelum penyakit menyerang anda.
Jangan rasa diri sentiasa sihat jika telah berumur 35 tahun keatas dengan menu harian anda suka makan roti canai,makan makanan bergoreng,bertumis tak kira samaada makan mee,nasi,ayam,daging dan sayuran
1. Buat pemeriksaan tekanan darah dan degupan jantung dahulu.
2. Jika bacaan atas melebihi 120 bacaan bawah melebihi 70 bacaan degupan 
    jantung melebihi 70- makan 1-4 biji kapsul tocovid sehari.

Berhati hatilah dengan penyebab utama darah kita menjadi pekat,kental atau beku

    1. kolesterol - semua jenis minyak sayuran
    2. Garam - makanan yang terasa masin
    3. Gula - makanan yang terasa manis
    4. Asid - berpunca dari haiwan ikan,ayam,lembu,kambing,burung

Sebenarnya kita mampu mencegah supaya darah tidak menjadi pekat,kental atau beku , cuma masaalahnya tabiat pemakanan kita tidak mahu berubah selagi kita tidak di timpa penyakit yang betul-betul merbahaya.

Jika anda tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sudah tentu anda akan makan apa sahaja asal kenyang dan rasanya sedap tanpa anda sedari kolesterol sangat tinggi dalam darah anda. Beringatlah sebelum terkena serangan yang boleh membawa maut dengan serta merta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan